Khazrati Imam, atau lebih dikenali sebagai Hast-Imam, merupakan sebuah kompleks keagamaan dan sejarah yang terletak di tengah-tengah bandar lama Tashkent, Uzbekistan. Lokasi ini menjadi tumpuan penting ziarah umat Islam dan diiktiraf sebagai salah satu pusat Islam paling berpengaruh di rantau ini. Oleh sebab itu, Qasswa Travel & Tours menjadikan ziarah ke Hast-Imam sebahagian daripada program perjalanan jemaah kami.
Selain seni bina yang memukau, Hast-Imam terkenal kerana menyimpan khazanah paling berharga dalam dunia Islam: “Al-Quran Uthman,” (juga dikenali sebagai Al-Quran Osman), salah satu naskhah al-Quran tertua di dunia. Naskhah ini berasal dari abad ke-7 dan dikaitkan dengan Khalifah Islam ketiga, Saidina Uthman RA. Dengan nilai agama dan sejarah yang luar biasa, mushaf ini dipercayai dibawa ke Samarkand oleh Kuteiba ibn Muslim, seorang panglima tentera dan pemimpin politik Arab.
Untuk menjaga dan memelihara naskhah berharga ini, Al-Quran Uthman dipindahkan ke Tashkent pada abad ke-20, di mana ia kini disimpan dalam bekas kaca khas bagi melindunginya daripada kerosakan. Ini menjadikan Hast-Imam bukan sahaja sebagai pusat ziarah, tetapi juga sebagai tapak warisan sejarah Islam yang sangat penting.
Pada zaman Khalifah Uthman, Islam berkembang luas hingga ke bahagian barat Afrika dan timur Azerbaijan. Keadaan orang Islam yang bertaburan di merata-rata pelusuk dunia itu mendorong Uthman untuk memerintahkan pembukuan kitab suci al-Quran untuk mencegah perbezaan dalam pembacaan dan penulisannya.
Pembukuan Al-Quran ini pada awalnya dipimpin oleh Zaid ibnu Tsabit RA bersama sahabat-sahabat lain seperti Ubai ibnu Kaab RA dan Muaz ibnu Jabal RA, di bawah pengawasan Khalifah Abu Bakar RA dan Umar RA. Ketika Islam berkembang, Khalifah Uthman RA memerintahkan agar mushaf disalin dan diedarkan ke seluruh wilayah untuk memastikan keseragaman bacaan.
Mushaf Uthmani siap pada tahun 652 M dan menjadi rujukan utama umat Islam. Salah satu salinan mushaf ini masih wujud di Kompleks Hast-Imam, Tashkent, dan dipercayai mengandungi kesan darah Saidina Uthman yang syahid ketika membaca al-Quran. Selepas berabad-abad melalui pelbagai perpindahan, mushaf ini kini disimpan dengan rapi di Hast-Imam, menjadi salah satu khazanah paling berharga di dunia Islam.
Terdapat titik hitam pada mushaf itu yang dipercayai bekas darah Uthman RA yang syahid dibunuh pemberontak ketika sedang membaca al-Quran di rumahnya.
Sampel kesan darah pada kitab suci itu diambil dan selepas dilakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA), disahkan darah manusia abad ketujuh, sezaman dengan Khalifah Islam ketiga itu.
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) mengakui mushaf itu ialah peninggalan bersejarah umat Islam.
Berdasarkan sejarah, selepas kematian Uthman, mushafnya dibawa Saidina Ali ibnu Abu Talib KWA ke Kufah. Namun, kira-kira 700 tahun kemudian, pemerintah Asia Tengah, Amir Temur berjaya menakluk Iraq dan menemui mushaf itu lalu membawanya ke Samarkand. Hampir empat abad, mushaf itu berada di Samarkand sehinggalah Russia menguasai Samarkand pada 1868.
Gabenor Russia kemudian mengirim al-Quran berkenaan ke St Petersburg dan disimpan di Perpustakaan Negara tersebut.
Ketika berlakunya Revolusi Bolsyevik, Vladimir Ilyich Ulyanov atau Lenin ingin menarik hati kaum Muslimin Russia dan Asia Tengah, lalu menghantar mushaf itu ke Ufa, Basykortostan. Namun, atas desakan daripada orang Islam di Tashkent, Mushaf Uthmani itu akhirnya dipulangkan ke Uzbekistan pada 1942 dan kekal hingga sekarang di Tashkent.
Mengikut catatan Ulama’, tahun 223 Hijrah, ada Ulama’ yang melihat mushaf yang dibaca Sayyidina Uthman pada hari beliau dibunuh. Dipanggil MUSHAF IMAM. Mushaf Imam merupakan Salinan Mushaf al-Qur'an yang dilakukan oleh Khalifah Uthman ibn 'Affan. Setiap muka surat 28 baris. Darah memenuhi sebahagian besar helaian mushaf. Ada yang memenuhi sehingga setengah dan ada yang hanya sebahagian muka surat. Tapi paling banyak darah tumpah adalah pada Surah An Najm.
Jom travel ke Uzbekistan bersama Qasswa Travel & Tours.
Comments