EMIR TIMUR @ Timurlang
The Conqueror
9 April 1370– 14 Februari 1405
Beliau dilahirkan di Kesh, lebih terkenal sebagai Shahr-i-Sabz, 'bandar hijau,' terletak kira kira 50 batu ke selatan Samarkand di Uzbekistan moden.
Bapanya Teragai merupakan ketua kaum Barlas. Cicit kepada Karachar Nevian (menteri kepada Chagatai Khan, anak kepada Genghis Khan, dan panglima tentera pasukannya) dan menonjol antara kaumnya sebagai yang pertama memeluk Islam,
Teragai mungkin mewarisi pangkat tinggi tentera tetapi seperti bapanya Burkul dia menggemari kehidupan bersara dan belajar.
Dibawah jagaan rapi, Timur ketika berusia dua puluh tahun bukan sahaja mahir bersukan luar tetapi tekun sebagai pembaca Al-Quran.
Pemerintahan baginda di pohat sebagai penyatuan wilayah Asia Tengah kepada dunia Islam sehingga mendapat pujian dalam penulisan sejarah Ibnu Khaldun
Tetapi baginda amat dibenci di tanah-tanah Arab, Parsi dan India kerana kehancuran dan malapetaka yang menimpa semasa penaklukannya terutamanya kemudnahan kota Baghdad dan Damsyik.
Pandangan terhadapnya dalam kalangan masyarakat Eropah ada kerajaan yang melihatnya sebagai sekutu tetapi ada juga yang melihatnya sebagai ancaman kepada Eropah ( crusader )
Emir Timur menghabiskan selama 35 tahun berperang dan bertempur untuk meluaskan kuasanya menakluk kawasan-kawasan milik saingan baginda pada kemuncaknya menuju menghampiri Laut Kaspia serta tebing-tebing sungai Ural dan Volga di sebelah barat sampai seluruh tanah Parsi termasuk Baghdad dari Ilkhanat, Karbala dan utara Iraq.
Emir Timur mula menyerang Baghdad pada Jun 1401. Selepas menawan kota itu, 20,000 rakyatnya telah dibunuh beramai-ramai. Timur mengarahkan setiap askarnya harus kembali dengan sekurang-kurangnya dua kepala manusia yang dipenggal sebagai bukti mereka melaksanakan tugas.
Kebanyakan askarnya yang takut akan gagal, bertindak seawal mungkin membu.nuh tawanan sedia ada hanya untuk memastikan mereka sudah memiliki kepala untuk diserahkan kepada Timur.
Sepanjang abad ke-14, Empayar Uthmaniyah yang baru muncul telah bangkit berkuasa, dan pada tahun 1399 mereka menyerang orang Turk di Anatolia yang berkait secara etnik dan agama dengan Timur.
Maka Timur mengisytiharkan perang ke atas Sultan Bayezid I dari Empayar Uthmaniyah, dan sultan Mamluk Mesir. Bayezid mula menakluki wilayah Turk dan pemerintah Islam di Anatolia.
Timur menyerang Syria, menghancurkan Aleppo, dan menawan Damascus selepas mengalahkan tentera Mamluk. Penduduk kota dibunuh beramai-ramai, kecuali tukang-tukang yang dibawa pulang ke Samarkand. Ini menyebabkan Timur diisytiharkan sebagai musuh Islam secara terbuka.
Emir Timur meninggal dunia di Atrar (Otrar) pada pertengahan Februari 1405 semasa berkhemah untuk menawan China.
Dikatakan beliau telah membunuh sekitar 17,000,000 jiwa sepanjang 35 tahun berperang.
Seperti tokoh dunia yang lain, Timur merupakan seorang yang berjaya, bertutur pelbagai bahasa dan gemar berdamping dengan pemikir Islam terkemuka pada zamannya seperti Ibn Khaldun, pelopor disiplin sosiologi yang diiktiraf secara meluas di barat sebagai salah seorang ahli falsafah terhebat pada Zaman Pertengahan.
Ayat yang tertulis pada batu nisannya menyatakan Timur sebagai keturunan Sayidinna Ali KRW dan kewujudan pengikut Syiah dalam tenteranya menyebabkan beberapa pemerhati dan ulama menganggap Timur seorang Syiah.
Bagaimanapun, penasihat agamanya yang rasmi ialah ulama Hanafi Abd al-Jabbar Khwarazmi. Terdapat bukti bahawa dia telah menjadi seorang Nusayri di bawah pengaruh Sayyed Barakah, seorang pemimpin Nusayri dari Balkh, yang merupakan mentornya.
Timur juga membaik pulih makam Ahmed Yesevi, seorang wali Sufi Turki berpengaruh yang paling banyak berusaha untuk menyebarkan Islam Sunni di kalangan nomad.
Comments