top of page
Writer's pictureQasswa Travel & Tours

NABI YAHYA BIN ZAKARIA AS



Masjid Nabi Yahya AS di Sebastia, Nablus


Nabi  Yahya AS merupakan putra Nabi Zakaria AS .Ia merupakan suatu kelahiran yang amat dinanti-nanti dan penuh dengan keajaiban kerana Nabi Yahya dilahirkan ketika bapanya iaitu Nabi Zakaria sudahpun mencecah  hampir 90 tahun usianya.

Bahkan diberitakan  bahawa isteri Nabi Zakaria yang bernama Hanna iaitu saudara perempuan isteri Imran,ibunya Maryam didapati mandul sejak sekian lama.

Hasil doa Nabi Zakaria yang tidak putus memohon agar dikurniakan zuriat sebagai pewaris untuk menyampaikan agama Allah,lalu Allah telah memakbulkan doa baginda bahkan Yahya merupakan nama yang dipilih Allah kepada putra baginda itu.


Maksudnya :Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia.

Surah maryam 7


Nabi Yahya AS diberi ilmu dan hikmah semasa dia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang berbakti kepada kedua orang tuanya dan bukanlah orang yang sombong derhaka.


Perjuangan Nabi Yahya dan para rasul tidak lari dari ujian yang begitu hebat dari Allah.  Di akhir hidup Nabi Yahya AS telah dibunuh  oleh seorang Raja negeri Romawi yang bernama Raja Herodes. Raja Herodes adalah penguasa Palestin yang dikenal sebagai penguasa kuku besi yang paling jahat dan telah menjalankan pemerintahan terhadap rakyatnya dengan cara yang paling kejam termasuk  Ayahnya Nabi zakaria AS dibunuh dgn kejam.


Diceritakan bahawa Nabi Yahya merupakan pewaris bapanya iaitu Nabi Zakaria AS dalam menegakkan agama Allah yang disampaikan melalui kitab Taurat. Nabi  Yahya AS telah menjalankan amanah dan kewajipannya dengan penuh patuh dan jujur.


Allah berfirman bahawa sesiapa yang jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan akan diangkat darjatnya.


Maksudnya :Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.

Al Ahzab 72



Masjid Nabi Yahya AS di Sebastia, Nablus






0 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page