Di dalam surah at-Tin Allah berfirman :- “Demi Buah Tin Dan Zaitun”
Di dalam tafsir Ibu Kathir, Demi buah Tin adalah merujuk kepada tempat ibadah Nabi Nuh di Syria dan buah Zaitun adalah di Baitul Maqdis.
Mount Olive atau Jabal Zaitun mempunyai pemandangan yang luar biasa cantiknya terutama ketika waktu pagi.
Di pinggir Jabal Zaitun terdapat barisan kuburan Yahudi. Orang Yahudi memang meminta agar ditanam di kawasan ini kerana bagi mereka “Messiah” yang mereka tunggu nanti akan menghidupkan mereka dan mereka akan menjadi tentera “Messiah”.
Bagi kita orang Islam, yang akan turun adalah Dajjal dan memang di antara kelebihan yang Allah beri pada Dajjal adalah dapat menghidupkan orang yang mati.
Terdapat dua maqam di mount olive ni dikatakan Rabiatul Adawiyah - sufi yg lahir di basrah iraq ( dikatakan juga terdapat di basrah, iraq )dan sahabat Rasulullah saw Salman Al Farisi dan dikatakan wafat di madain berdekatan baghdad.
Antara doa rabiatul adawiyah “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada segala perkara yang menyibukkanku sehingga aku tidak sempat menyembah-Mu dan daripada segala rintangan yang merenggangkan hubunganku dengan-Mu."
Comments