Terdapat gua (Machpelah atau Makfilah) dibawah masjid ibrahim ini yang ditempatkan beberapa maqam para nabi iaitu:
Nabi Ibrahim AS dan Isterinya Sarah yang merupakan wanita yang cantik selepas Saidatina Hawa pada ketika itu.
Nabi Ishak AS dan isterinya Rifka
Nabi Yaakob AS
Nabi Yusof
Daripada perkahwinan Nabi Ibrahim AS dengan Saidatina Sarah lahir Nabi Ishak. Q.S. Hud : 71
وَامْرَأَتُهُ قَائِمَةٌ فَضَحِكَتْ فَبَشَّرْنَاهَا بِإِسْحَاقَ وَمِنْ وَرَاءِ إِسْحَاقَ يَعْقُوبَ
Dan isterinya berdiri (dibalik tirai) lalu dia tersenyum, maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira tentang (kelahiran) Ishak dan dari Ishak (akan lahir puteranya) Ya’qub.
( Nabi Ibrahim AS mendapat khabar tentang kelahiran Nabi Ishak AS serta cucunya Nabi Yaakob AS)
Perkahwinan Nabi Ibrahim AS dengan Siti Hajar lahirlah Nabi Ismail AS di Makkah.
Dari perkahwinan Nabi Ishak dan Rifka lahirlah Nabi Yaakob AS. Dan dari perkahwinan Nabi Yaakob AS dan Rahil (Rachel) lahirlah Nabi Yusof AS.
Maqam Rahil ( Rachel) terdapat di utara Bethlehem.
Comments