top of page
Writer's pictureQasswa Travel & Tours

UZBEK CUISINE

Jom kita cerita tentang keenakan makanan Tradisional Uzbekistan. Kalau sampai di Tashkent, ada satu hidangan yang tak boleh lepaskan ~ Lagman. Hidangan mi buatan tangan berasal dari Uzbekistan dan Asia Tengah.


Di Tashkent, Lagman bukan sekadar hidangan biasa – ia simbol budaya dan tradisi yang diwarisi turun-temurun, dan setiap suapan membawa rasa yang kaya dengan sejarah Asia Tengah. Kalau disusuri asal-usulnya, kebanyakan sumber mengatakan ia berasal dari Uighyur. Nama masakan ni "lagman", mungkin berasal dari perkataan China, lamian, iaitu mi tarik.


Biasanya Mi Lagman dihidang dengan kuah daging lembu atau kambing yang dimasak bersama lobak merah, kentang, capsicum, dan tomato. Kuah dia ada rasa rebusan daging, masam tomato, kemanisan lobak serta saderi, dan lemak kentang. Rempah ketumbar tadi tu menaikkan rasa. Sedap !! Lagman ni kata orang "comfort food". Memang sedap dan mengenyangkan. Masakan ni tak pedas. Tapi kalau nak pedas, ia sesuai dipadankan dengan adzhika. Ini sambal orang Rusia. Cara buat dia, tumbuk cili merah, biji ketumbar, biji halba, dan daun ketumbar. Tambah garam. Itu je. Boleh beri "kick" kepedasan.


Di Samarkand, Bukhara pun lagman boleh didapati, tapi rasanya lain. Yang sedap, Lagman Tashkent.


Selain Lagman, kami juga dijamu dengan pelbagai hidangan tempatan yang menggoda selera, termasuk Somsa, Plov, dan Shishlik – tiga makanan yang menjadi kebanggaan rakyat Uzbekistan.


🌟 Somsa ni biasanya diberi sebagai hidangan pembuja selera. Ia sejenis pastri berinti daging (biasanya daging kambing atau lembu) yang dibakar dengan sempurna sehingga kulitnya rangup di luar dan lembut di dalam. Intinya kaya dengan rempah ratus tempatan e.g. jintan dan lada hitam, kadang2 rasa yang unik tu terasa seperti murtabak. Somsa biasanya dihidang panas.


🍚 Hidangan ikonik Uzbekistan yang tidak dapat dilepaskan ialah Plov. Hidangan nasi ni dimasak bersama daging kambing atau lembu, lobak merah, dan bawang besar, serta disempurnakan dengan rempah yang wangi seperti jintan dan saffron. Plov ini dimasak dalam periuk besar yang dipanggil qazan, dan setiap suapan penuh dengan rasa yang kaya dan harmoni.


🍢 Untuk melengkapkan pengalaman kuliner Uzbekistan, kami juga dijamu dengan Shishlik ~ daging yang diperap dengan rempah-rempah dan kemudian dibakar di atas arang. Rasanya sedap (mazali dlm Bhs Uzbekistan) dan teksturnya lembut. Kombinasi yang sempurna antara rasa berasap dan juiciness daging.


✈️ Jom travel ke Uzbekistan bersama Qasswa Travel & Tours dan alami sendiri keunikan budaya serta keistimewaan makanan tradisional Uzbekistan. Bukan hanya perut kenyang, memori indah yang takkan dilupakan juga dibawa pulang. 💕




12 views0 comments

Recent Posts

See All

Commenti

Valutazione 0 stelle su 5.
Non ci sono ancora valutazioni

Aggiungi una valutazione
bottom of page